Copyright © Jabatan Pengajian Am, PSMZA
Design by Dzignine

Monday, 16 December 2013

Majlis Perpisahan Puan Norita

Puan Norita Abd Aziz dan suami diarahkan untuk bertukar ke Politeknik Kuching, Sarawak setelah mendapat kenaikan gred ke DH44. 

Oleh itu, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 13 November 2013 di Pejabat Jabatan Pengajian Am, PSMZA.

Walaupun pada mulanya, majlis bermula dengan agak ceria, namun hati merasa sebak semasa Puan Norita mula memberi sedikit ucapan.

Jamuan makan juga diadakan di pantri. 

Semoga Puan Norita gembira bekerja di persekitaran yang baru dan jika ada rezeki, kembali semula di PSMZA.





Wednesday, 4 September 2013

JPA menjadi Johan Keseluruhan 5S PSMZA

Tahniah diucapkan kepada semua staf JPA kerana berjaya membawa balik trofi juara keseluruhan untuk audit 5S. 


Thursday, 29 August 2013

Jamuan Raya JPA 2013

Jamuan Raya JPA telah dimeriahkan dengan gelak tawa staf-staf JPA. Jamuan ini bersifat pot-luck, jadi ramai staf yang membawa macam-macam jenis makanan seperti nasi ayam, sate, tapai, ais krim, somtam & banyak lagi untuk dimakan sesama sendiri. 




Monday, 29 July 2013

Majlis Khatam Quran Dan Iftar Jamaie 1434H/2013

Pihak PSMZA telah mengadakan satu majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Perdana di mana 2 ekor lembu telah disembelih & dijamukan kepada lebih 2000 pelajar & staf-staf. 

Staf-staf JPA juga terlibat dalam menjayakan majlis ini dimana sebahagian daripada mereka dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK persiapan tempat & sebilangan lagi membantu menyiang daging & menyiapkan hidangan makanan. 



Monday, 8 July 2013

Gotong Royong Perdana PSMZA 2013

Sempena dengan Pelancaran 5S di PSMZA, telah diadakan satu gotong - royong besar besaran di PSMZA. Semua staf, termasuk staf-staf JPA, & para pelajar terlibat dalam menjayakan gotong royong ini. 

Semua barang - barang yang tidak berguna telah berjaya dilupuskan pada hari ini. Bilik mesyuarat & ruang menunggu di belakang kaunter kerani juga dibersihkan & disusun balik perabotnya. 

Hasil daripada gotong - royong ini ialah persekitaran pejabat yang lebih kemas, selesa & selamat.



Wednesday, 3 July 2013

Pertukaran Ketua Jabatan

Selamat datang kepada Ketua Jabatan Pengajian Am yang baru!


Diharapkan Puan Norni dapat membimbing JPA ke arah kemajuan & prestasi yang lebih baik.


Terima kasih diucapkan kepada mantan Ketua Jabatan, Tuan Haji Kairol Azaha bin Mohamed di atas sumbangan yang disumbangkan. 
Sunday, 16 June 2013

The Making of Nasi Arab

Beberapa orang staf JPA telah bergotong royong untuk memasak Nasi Arab untuk dijamu sesama sendiri dan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di pejabat. Ustazah Noli sebagai tukang masak utama memberi panduan bagaimana untuk memasak Nasi Arab dengan betul.

Hasil kerjasama staf-staf yang terlibat, Nasi Arab yang siap dimasak sangat sedap dan menyelerakan.