Tahniah diucapkan kepada semua staf JPA kerana berjaya membawa balik trofi juara keseluruhan untuk audit 5S.

Thursday, 29 August 2013
Jamuan Raya JPA 2013
Jamuan Raya JPA telah dimeriahkan dengan gelak tawa staf-staf JPA. Jamuan ini bersifat pot-luck, jadi ramai staf yang membawa macam-macam jenis makanan seperti nasi ayam, sate, tapai, ais krim, somtam & banyak lagi untuk dimakan sesama sendiri.
Monday, 29 July 2013
Majlis Khatam Quran Dan Iftar Jamaie 1434H/2013
Pihak PSMZA telah mengadakan satu majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Perdana di mana 2 ekor lembu telah disembelih & dijamukan kepada lebih 2000 pelajar & staf-staf.
Staf-staf JPA juga terlibat dalam menjayakan majlis ini dimana sebahagian daripada mereka dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK persiapan tempat & sebilangan lagi membantu menyiang daging & menyiapkan hidangan makanan.
Monday, 8 July 2013
Gotong Royong Perdana PSMZA 2013
Sempena dengan Pelancaran 5S di PSMZA, telah diadakan satu gotong - royong besar besaran di PSMZA. Semua staf, termasuk staf-staf JPA, & para pelajar terlibat dalam menjayakan gotong royong ini.
Semua barang - barang yang tidak berguna telah berjaya dilupuskan pada hari ini. Bilik mesyuarat & ruang menunggu di belakang kaunter kerani juga dibersihkan & disusun balik perabotnya.
Hasil daripada gotong - royong ini ialah persekitaran pejabat yang lebih kemas, selesa & selamat.
Wednesday, 3 July 2013
Pertukaran Ketua Jabatan
Selamat datang kepada Ketua Jabatan Pengajian Am yang baru!
Diharapkan Puan Norni dapat membimbing JPA ke arah kemajuan & prestasi yang lebih baik.
Terima kasih diucapkan kepada mantan Ketua Jabatan, Tuan Haji Kairol Azaha bin Mohamed di atas sumbangan yang disumbangkan.
Sunday, 16 June 2013
The Making of Nasi Arab
Beberapa orang staf JPA telah bergotong royong untuk memasak Nasi Arab untuk dijamu sesama sendiri dan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di pejabat. Ustazah Noli sebagai tukang masak utama memberi panduan bagaimana untuk memasak Nasi Arab dengan betul.
Hasil kerjasama staf-staf yang terlibat, Nasi Arab yang siap dimasak sangat sedap dan menyelerakan.
Thursday, 13 June 2013
Taklimat SPMP
Pada 13 Jun 2013, telah diadakan satu taklimat Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) kepada semua staf JPA. Sistem ini diperkenalkan oleh Politeknik Kota Bharu dan diaplikasikan di hampir semua politeknik di Malaysia.
Menggunakan program i-Daftar di dalam SPMP, proses pendaftaran kursus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan cepat.
Penceramah pada hari itu ialah Encik Othman bin Haji Yaccob, Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran Kursus PSMZA.